Maulid Rasul Pondok Remaja Inabah 1, Malaysia

Kedah, Malaysia – Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia mengadakan acara Maulid Rasul pada 24 Disember 2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1437 Hijrah. Ini adalah acara tahunan yang dilaksanakan setiap tahun. Acara dihadiri oleh para ikhwan dan akhwat TQN dari Malaysia serta masyarakat setempat.

Tujuan acara ini adalah untuk meramaikan ulang tahun kelahiran Rasulullah S.A.W, nabi pembawa rahmat ke seluruh alam. Acara ini juga bertujuan untuk mengenang kembali perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dari sejak dilahirkan sehingga akhir hayatnya, dengan mengingat sejarah perjuangan Baginda maka akan dapat meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W yang penuh kasih dan sayang pada umatnya.

Acara sambutan dimulai dengan pawai para ikhwan dari Kampung Nai Teh ke Pondok Remaja Inabah, lalu diikuti dengan acara di dalam Pondok Remaja Inabah yaitu dengan dimulai pembacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustadz Kasim dan diikuti shalawat Badriah.

Alunan qasidah oleh kumpulan Nurul Mahabbah dan Surya Mahabbah, kuiz, bacaan sajak oleh Ustaz Jaafar bin Haji Syafie dan ceramah oleh Guru Haji Muhd Zuki As-Sujak bin Haji Syafie, Wakil Talkin Thariqah Qadiriyyah wa Naqsyabandiah Pondok Pasentren Suryalaya (TQN PPS).

Guru Haji Muhd Zuki As-Sujak dalam sambutannya menyampaikan rasa gembiranya dapat bersama-sama ikhwan dan akhwat TQN PPS Malaysia meramaikan Maulid Rasul. Beliau mengingatkan para ikhwan untuk sentiasa mengukuhkan cinta kepada Baginda Rasulullah S.A.W dengan memperbanyak shalawat dan mengikuti sunah-sunah Baginda S.A.W. Pengorbanan Baginda dalam berdakwah untuk menegakkan agama Islam sangatlah besar kepada umat Islam sehingga Baginda dicaci-maki, dilempari dengan batu dan berbagai bentuk tentangan dan cobaan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam lainnya pada masa itu.

Berkat kesungguhan dan kesabaran Baginda serta izin dari Allah, maka umat Islam hingga hari ini dapat merasakan nikmatnya Islam. Maka kita wajib mempertahankan dan menghargainya dengan mentaati dan mencintainya. (kas)

Anda mungkin juga berminat
Komentar
Loading...